Friday, January 3, 2014

Pengecualian A Medik

A Medik tidak melindungi sebarang Hospitalisasi, Pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian seperti berikut:

PENYAKIT SEDIA ADA

Bermaksud Hilang Upaya sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula bagi A Medik & Ahli Dilindungi?Pemilik sewajarnya mengetahui tentang keadaan tersebut. Ahli yang dilindungi/Pemilik sewajarnya mengetahui tentang sesuatu keadaan sedia ada apabila keadaan itu merupakan keadaan di mana:

- Ahli dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan
- nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan
- gejala yang jelas dan ketara telah terbukti; atau
- kewujudannya adalah nyata bagi orang yang waras dalam keadaan itu;

KEABNORMALAN

Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Termasuk segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Ahli Dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan kongenital yang telah manifes atau didiagnosis sebelum Ahli Dilindungi mencapai umur 17 tahun;

Sebarang HILANG UPAYA yang diakibatkan oleh pembinasaan diri atau kecederaan diri yang disengajakan atau sebarang cubaan pembinasaan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman;

PEPERANGAN, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara atau sebarang operasi sedia berperang

Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi sedia berperang atau memulihkan ketenteraman awam;

Sebarang pelanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menetang daripada ditahan;

KEHAMILAN, KEGUGURAN atau MELAHIRKAN ANAK

PENYAKIT MENTAL atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang kemalangan dadah;

PEMBEDAHAN KOSMETIK atau PLASTIK atau sebarang PEMBEDAHAN ELEKTIF;

Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan PERGIGIAN melainkan perlu dilakukan akibat kecederaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan ("bridges") dan korona ("crowns") atau penggantiannya;

PEMERIKSAAN KESIHATAN RUTIN, sebarang siasatan yang tidak berkaitan secara langsung dengan diagnosis kemasukan ke hospital atau Hialng Upaya;

Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak PERLU DARI SEGI PERUBATAN, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih; 

Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan dilindungi;

Rawatan atau Pembedahan tonsil, adenoid, hernia atau penyakit khusus untuk organ generatif wanita sehingga Ahli Dilindungi telah dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini untuk tempoh 120 hari sebaik sebelum rawatan atau pembedahan tersebut.

**NOTA: SILA RUJUK KEPADA KONTRAK UNTUK MAKLUMAT LANJUT PENGECUALIAN.





No comments: