Sunday, November 26, 2017

Death Claim


Death Claim

Submit - 21/8/2017

Approved - 25/8/2017




Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat

Scenario 1 
Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat..

Scenario 2
Aku dah bayar insurance dah setahun kot, kenapa medical card decline pulak? menipu ja insurance ni.

Scenario 3
Aku dah ada insurance, kenapa pulak nak kena bayar dulu? kata cashless..apa hal? 


Scenario 4
Tiap-tiap bulan bayar, ni aku nak claim tak boleh pulak, menipu ja.



Di atas ni antara yang selalu sangat kita dengar. Dah banyak pun yang viral. Tapi tahu tak kenapa yang jadi macam ni? insuran menipu? atau agent menipu? ...Customer Always Right. Ada sebab kenapa 'decline'. Mungkin polisi lapse/terminate, caruman lambat dibayar, ambil plan lain, claim plan lain ataupun masa mohon polisi tak declare penyakit sedition ada.


Kita tengok scenario pertama

"Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat.. dah viral dah pun..cari orang lain yang bodoh untuk ambil polisi tu.." Tahu tak kenapa lambat? 

Yang lambat ni kadang, hantar dokumen tak complete. Ataupun pending report dari hospital. Dan boleh jadi juga kes 'under investigation'.

Kalau semua dokumen cukup & tiada keraguan, maka tiada masalah.


Scenario Kedua & Ketiga

"Aku dah bayar insurance dah setahun kot, kenapa medical card decline pulak? menipu ja insurance ni."

Ini kebiasaanya melibat kan klausa tempoh menunggu ataupun 'waiting period'.

Untuk polisi yang kurang dari dua tahun, syarikat insuran berhak untuk menyiasat terlebih dahulu jika ada keraguan semasa tuntutan di buat ataupun semasa di peringkat awal kemasukan ke hospital. Untuk kes macam ni kebiasaannya, medikal card akan 'decline' sebab syarikat insuran nak buat siasatan.

Untuk kes siasatan ni, tetap boleh claim. Selepas buat prosedur, bayar dahulu dan claim lagi sekali. Jika semasa siasatan, memang tiada rekod yang menunjukan penyakit wujud sebelum insuran dipohon, claim akan dibayar. Tetapi jika terdapat rekod penyakit wujud sebelum pelanggan memohon polisi insuran, syarikat insuran berhak untuk tidak membayar claim. Penyakit yang wujud sebelum ambil polisi insuran, tidak akan dilindungi. Yang ini di bawah klausa 'pre  existing illness'.  

Di sini penting untuk pelanggan isytihar keadaan kesihatan sebelum memohon polisi insuran. Jangan tipu.

Macam tak adil kan? macam la kita tahu penyakit tu nak datang dalam masa terdekat.

Dalam konteks ni, adakah syarikat insuran minta kita buat 'medical checkup' sebelum kita memohon polisi insuran dari syarikat mereka? Tidak kan? kecuali untuk kes  tertentu yang memerlukan untuk pelanggan buat 'medical checkup'.  Kalau nak kena bedah dan periksa satu-satu organ nak pastikan tak ada apa-apa penyakit, kesian pulak. Sihat-sihat pun nak kena buat semua tu semata-mata nak ambil polisi insuran. 

Jadi untuk berlaku adil, pelanggan tak perlu buat 'medical checkup' dan syarikat insuran pun letak syarat tempoh menunggu dua tahun.


Scenario 4

"Tiap-tiap bulan bayar, ni aku nak claim tak boleh pulak, menipu lagi"

Untuk scenario ke empat ni, besar kemungkinan, pelanggan ambil plan lain, tapi nak claim untuk kejadian yang taj berkaitan dengan plan yang di ambil. Ataupun nak claim penyakit sedia ada.

Insuran tak cover penyakit sedia ada ataupun existing illness, jadi kalau nak claim pun memang tak akan dibayar. Jadi amat penting untuk ‘declare’ apa-apa penyakit yang ada ataupun apa-apa rawatan yang pernah di ambil untuk mengelakan dari terjadi seperti scenario di atas.

Sebagai contoh, kebanyakkan di kalangan kita, jarang baca polisi dan bila dah pohon polisi, anggap polisi yang di pohon tu 'cover' semua perkara. Ambil polisi kemalangan, tiba-tiba buat pembedahan appendix, nak claim. Sah-sah tak boleh. Sebabnya, polisi yang ada cuma 'cover' perkara yang berkaitan dengan kemalangan, dan appendix bukan perkara yang berkaitan dengan kemalangan. 

Jadi baca dulu polisi dan pastikan plan apa yang di ambil.

Peace no war



Tuesday, November 21, 2017

Melindungi Masa Depan Mereka yang Tersayang




Keluarga bukan sahaja penting, malah segala-galanya bagi kita. Kita ingin menghapus kerisauan dengan mengetahui bahawa jika sesuatu yang tidak diingini menimpa diri kita, mereka yang kita sayangi dapat terus mengejar harapan dan cita-cita mereka.  
A-Life Signature-i adalah pelan berkaitan pelaburan fleksibel yang direka untuk melindungi gaya hidup mereka yang tersayang jika kita tidak lagi mampu memenuhi tanggungjawab tersebut.
Apabila kita mengambil bahagian dalam pelan A-Life Signature-i plan, suami/isteri atau anak  (yang berumur 18 tahun ke atas) akan diberi keistimewaan untuk menyertai A-Life Signature-i PlusOneA-Life Signature-i PlusOne menampilkan faedah yang sama seperti A-Life Signature-i dengan caruman asas 10% lebih rendah dan turut layak mendapat Bonus Kesetiaan pada akhir setiap tahun sijil.

APA YANG DISEDIAKAN?



Friday, February 10, 2017

Mengurus Keperluan Kesihatan Melalui Takaful

3 Julai 2015
Utusan Online


Mengikut trend semasa, kos rawatan perubatan di hospital sentiasa sahaja meningkat setiap tahun. Landskap perubatan Malaysia mungkin akan menerima kesan dengan jadual baharu caj pembedahan pesakit yang membolehkan kos meningkat sebanyak kira-kira 14 peratus, dan peningkatan lebih besar sehingga 200 peratus secara umum dan juga bagi rawatan pakar*.

Pada tahun 2013, inflasi perubatan bersih di Malaysia mencatatkan kadar 8.3 peratus*. Kos rawatan perubatan asas swasta meningkat dengan begitu pantas, manakala kos perubatan untuk penyakit kritikal atau kecederaan tentu sahaja boleh mengosongkan akaun bank anda. Apa yang paling teruk ialah apabila kos rawatan boleh merencatkan rancangan kewangan anda untuk masa depan, memaksa anda mengorbankan impian anda untuk mendapatkan rawatan perubatan yang amat diperlukan.

Oleh itu, amatlah penting untuk anda menjaga dan melindungi diri anda walaupun ketika sihat untuk bersedia menghadapi ketidaktentuan masa hadapan. Pelan takaful perubatan akan menyediakan anda untuk mendapatkan rawatan perubatan yang sewajarnya apabila anda memerlukannya.

Pelan takaful perubatan memberikan perlindungan untuk rawatan perubatan seperti penjagaan asas, faedah rawatan hospital, pembedahan dan rawatan pesakit luar. Ada pelan turut menawarkan manfaat yang komprehensif dan menyeluruh, sebagai contoh, rawatan kanser pesakit luar dan rawatan dialisis buah pinggang. Untuk menggalakkan kita mengamalkan gaya hidup sihat, ada pelan-pelan yang akan memberikan kelebihan tambahan sekiranya tiada tuntutan yang berlaku dalam tempoh tiga tahun pertama perlindungan, had seumur hidup akan meningkat. Oleh itu, pemilik pelan takaful tersebut akan menikmati kenaikan 10 peratus daripada had kadar tuntutan asal.

Pelan takaful perubatan boleh dimiliki secara tunggal atau menjadi rider kepada pelan takaful keluarga atau pelan takaful berkaitan pelaburan. Ada juga pelan yang turut merangkumi rawatan selepas keluar dari hospital dan juga memberikan elaun tunai harian serta manfaat harian bagi mereka yang menemani anda di hospital. 

Kebanyakan pelan takaful perubatan turut melindungi anda sekiranya berlaku hilang upaya kekal dan kematian akibat kemalangan. Beberapa pelan takaful turut memberi perlindungan sekiranya anda berada di luar negara dan anda akan mendapat akses kepada rawatan perubatan kritikal sekiranya keperluan mendesak.

Pelan takaful perubatan berupaya untuk memberikan perlindungan yang melindungi anda daripada kos perubatan yang tinggi dan di luar jangkaan.

Katakanlah anda sekarang ini berumur 20 tahun dan memerlukan pembedahan berharga RM10,000 pada hari ini. Pada usia 60 tahun kelak untuk pembedahan jenis yang sama, dalam masa 40 tahun sekiranya kadar inflasi kekal pada 8 peratus, anda akan memerlukan lebih RM200,000 untuk mempunyai prosedur yang sama! Iaitu 20 kali lebih daripada kos hari ini. Memang sukar untuk diterima, tetapi realiti ini mungkin membuka mata anda tentang kepentingan mempunyai pelan takaful perubatan untuk masa hadapan.

Bilakah masa yang sesuai untuk anda memiliki pelan takaful perubatan? Ketika muda kadar sumbangan takaful akan jauh lebih rendah berbanding sekiranya peserta mula memiliki pelan ini setelah berusia. Selain itu, peserta yang lebih muda juga boleh mendapatkan perlindungan penuh, kerana mereka tidak mempunyai sebarang penyakit sedia ada

Bagaimana pula dengan kos pembayaran pelan takaful yang telah dibuat? Adakah tidak rugi jika membayar sumbangan selama 40 tahun lebih awal sebelum anda mungkin benar-benar memerlukan pembedahan? Kebanyakan pelan berkisar sekitar RM500 hingga RM1,000 setiap tahun bergantung kepada umur dan gaya hidup anda. Kita boleh mengambil contoh 40 tahun, anda hanya perlu bayar sekitar RM40,000 ini jauh lebih rendah berbanding RM200,000 kadar pembedahan yang mungkin diperlukan 40 tahun dari sekarang. 

Selain itu, ia mungkin sukar untuk mendapatkan perlindungan yang anda perlukan apabila anda lebih berumur disebabkan keadaan kesihatan yang sedia ada.

Ketika muda, badan kita sihat dan bertenaga. Perkara yang paling akhir untuk difikirkan adalah untuk memiliki pelan takaful perubatan. Tiada siapa yang merancang untuk jatuh sakit atau cedera, tetapi dengan ketidakpastian hidup, anda tidak pernah tahu bila anda atau ahli keluarga mungkin jatuh sakit atau mengalami kemalangan. 

Kesihatan adalah kekayaan kita sebenarnya. Tidak kira berapa banyak wang yang anda miliki, namun tiada apa yang boleh menandingi tubuh yang sihat. Hanya dengan kesihatan yang baik anda boleh menikmati kekayaan yang dimiliki, dan tanpa kesihatan yang baik, anda mungkin akan menghabiskan kekayaan anda dengan sekelip mata kerana perlu dibelanjakan untuk sembuh seperti sedia kala, melainkan sekiranya anda telah pun memiliki pelan takaful perubatan.

Lindungi diri anda dan orang yang anda sayangi dengan mendapatkan pelan tersebut. Ia akan melindungi anda dan orang tersayang serta harta yang dimiliki tanpa perlu menghabiskannya untuk tujuan menanggung perbelanjaan perubatan yang sudah pastinya amat tinggi dan membebankan. Berikan diri anda ketenangan fikiran dengan pemilikan pelan takaful perubatan. Kehidupan akan lebih indah sekiranya ia dilindungi daripada sebarang ketidaktentuan ini.

PENULIS adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Great Eastern Takaful Berhad