Sunday, April 12, 2015

Mengapa masih ada yang tidak mahu melindungi diri dan keluarga seperti melindungi harta benda?


Boleh dikatakan hampir semua orang  mempunyai perlindungan insurans untuk kereta atau rumah. Betul?   Kereta dan rumah diinsuranskan  kerana  tidak mahu sebarang perkara yang tidak diingini berlaku ke atas harta benda. Yang manakah lebih penting? Harta benda atau  diri sendiri? Apakah harta yang paling berharga? Apa akan berlaku jika pada suatu hari kita tidak mampu untuk bangun dari tidur dan bekerja seperti biasa? Siapa yang boleh membantu kita? 

Risiko ada dimana mana. 

Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai risiko yang tidak mampu diramal atau pun dikawal. Risiko kemalangan di rumah, tempat kerja, jalanraya, kehilangan harta benda, kehilangan kesihatan yang baik atau kehilangan orang yang tersayang.  Cuba bayangkan jika  berlaku perkara yang tidak diingini, apakah kesannya kepada kita dan keluarga? 






Risiko dalam kehidupan adalah perkara  yang  tidak boleh dielak, kerana masa depan  tidak dapat diramal dan dikawal. Sebenarnya risiko ini boleh dipindahkan, dikongsi dan dielak jika kita mempunyai perancangan. 


Kita semua boleh menguruskan perkara ni dgn hanya bermodalkan sikit persediaan & perancangan yang betul. Kerana itu kita perlukan insurance untuk menguruskan risiko-risiko yang tidak dapat di ramal. 



Insurans mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah, tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan adalah terjamin ketika kita memerlukannya. Insurans juga sebenarnya memberi jaminan melindungi potensi pendapatan kita semua, andaikata berlaku peristiwa-peristiwa tertentu yang tidak diingini.  Selain itu keluarga kita juga  dapat meneruskan gaya hidup seperti sedia kala walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku. 


Kita tidak mampu untuk meramal, tetapi kita sebenarnya boleh bersedia menghadapi sebarang kemungkinan.



** Mungkin ada yang mengatakan agent insurance seperti peminta sedekah. Tetapi jika  difikirkan balik,  agen ini menolong untuk engelakkan kita dari meminta-minta jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Adakah seseorang  itu seorang peminta sedekah jika usahanya adalah untuk mengelakkan kita daripada kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah?




019 260 9620
nurul@klzarinagroup.com.my
www.klzarinagroup.com.my

Friday, April 10, 2015

Adakah Kita Benar-Benar Sayangkan Keluarga Kita?

Kita sayang KELUARGA kita

Kita sayang IBU & BAPA kita

Kita sayang ISTERI kita

Kita sayang ANAK-ANAK kita

TETAPI.......

Apakah yang akan terjadi jika kita tinggalkan mereka untuk SELAMANYA?? 
Mungkin esok, mungkin minggu depan atau mungkin tahun depan kita tinggalkan mereka yang kita sayang.

APA YANG KITA TINGGALKAN UNTUK MEREKA?

RM 100? RM 1,000? RM 10,000? RM 100,000? RM 1 JUTA? RM 10 JUTA?

RM 100 mungkin cukup kalau kita tinggalkan untuk sehari dua.

RM 1,000 mungkin cukup kita tinggalkan untuk seminggu.


Kalau pergi untuk selamanya, berapa yang  kita tinggalkan untuk orang yang kita sayang?

Yang masih hidup perlu meneruskan kehidupan..

FIKIRKAN.....






Thursday, April 9, 2015

Memilih Insuran Rawatan, Kesihatan


Di Malaysia, pemasaran polisi perubatan dan kesihatan mesti mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh Bank Negara.

Ini termasuk pendedahan sepenuh tentang maklumat jualan, perakuan kadar premium dan rizab oleh aktuari dan had komisen yang standard.

Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) dan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) telah menubuhkan satu jawatankuasa bersama untuk membentuk garis panduan pengunderaitan bagi mengawalselia perkembangan perniagaan insurans rawatan dan kesihatan supaya lebih teratur.

Di Malaysia, insurans rawatan dan kesihatan ditawarkan oleh syarikat insurans hayat dan am. Tetapi semenjak tahun 1997, jualan polisi rawatan dan kesihatan telah diperkemaskinikan.

Sebelum Akta Insurans 1996 dilaksanakan pada bulan Januari 1997, syarikat insurans hayat hanya menawarkan polisi rawatan dan kesihatan sebagai rider bagi polisi insurans hayat.

Tetapi sejak tahun 1997, syarikat insurans hayat dibenarkan menjual polisi insurans rawatan dan kesihatan secara bersendiri (stand alone). Ini bermakna pemegang polisi boleh membeli insurans rawatan dan kesihatan tanpa membeli polisi insurans hayat.

Usaha mengemaskinikan jualan polisi insurans rawatan dan kesihatan telah didorong oleh:

1. Bidang insurans rawatan dan penyakit mempunyai kaitan dengan morbiditi (risiko seseorang jatuh sakit) - satu aspek yang mana syarikat insurans hayat lebih berkemahiran dan berpengetahuan.

2. Terdapat permintaan daripada orang ramai untuk jenis polisi ini. Pada waktu yang sama, industri insurans hayat mempunyai seramai 80,000 ejen untuk memasarkan produk ini.

3. Pelepasan cukai sebanyak RM3,000 untuk premium polisi pendidikan atau rawatan bagi seseorang individu, isteri ataupun anak.

Syarikat insurans am lazimnya menjual polisi insurans rawatan dan kesihatan sebagai polisi bersendiri tetapi boleh diperbaharui setiap tahun. Ini bermakna anda perlu memperbaharui polisi tersebut setiap tahun. Syarikat insurans akan menghantar notis memperbaharui polisi kepada pemegang polisi mereka.

Premium bagi sesuatu polisi yang akan diperbaharui itu mungkin sama ataupun lebih tinggi. Ianya bergantung pada tahap dan kumpulan umur seseorang pemegang polisi.

Terdapat dua jenis rider insurans perubatan dan kesihatan yang ditawarkan oleh syarikat insurans hayat iaitu rider pembaharuan tahunan dan rider pembaharuan terjamin.

Polisi pembaharuan tahunan adalah untuk tempoh satu tahun. Pada akhir tempoh tersebut, polisi dibaharui dengan persetujuan bersama syarikat insurans dan orang yang diinsuranskan.

Bagi polisi pembaharuan terjamin, syarikat insurans hayat mesti memperbaharui polisi tersebut tetapi kadar premium mungkin dinaikkan.

Terdapat pelbagai jenis polisi insurans rawatan dan kesihatan yang membayar terus atau membayar semula kos yang telah dibelanjakan untuk merawat penyakit atau kecederaan. Polisi-polisi tersebut adalah:

1. Insurans hospital dan bedah. Polisi ini membayar semula segala perbelanjaan perubaan seseorang akibat daripada penyakit atau kemalangan di hospital yang berdaftar.

2. Insurans perubatan utama. Polisi ini dikhaskan untuk pembedahan utama dengan perlindungan insuran yang tinggi. Lazimnya, ia merupakan polisi tambahan kepada polisi asas insurans hospital dan bedah.

3. Insurans Klinik Pesakit Luar. Ini adalah faedah tambahan bagi polisi insurans hospital dan bedah yang ditawarkan sebagai insurans berkelompok. Ia membiayai kos perbelanjaan rawatan doktor di klinik pesakit luar.

4. Faedah Bersalin. Ini ditawarkan kepada pekerja wanita atau isteri pekerja lelaki di bawah insurans berkelompok. Polisi ini membayar semula perbelanjaan bersalin.

5. Faedah pergigian. Ia membayar semula perbelanjaan rawatan pergigian mengikut had yang ditetapkan.

6. Polisi pendapatan hospital. Polisi ini membayar satu amaun yang tertentu bagi setiap hari semasa orang yang diinsuranskan itu tinggal di hospital.

7. Insurans penyakit kritikal. Polisi ini membuat bayaran sekali gus jika salah satu penyakit kritikal yang tersenarai didiagnosiskan oleh doktor (buat masa ini senarai tersebut terhad pada 36 jenis penyakit).

Terdapat juga syarikat insurans hayat yang menawarkan polisi insurans rawatan dan kesihatan bersama-sama dengan polisi pendidikan. Ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan semata-mata.

Pada masa sekarang, ibu bapa begitu mengambil berat tentang kesihatan dan keperluan pendidikan masa depan anak-anak mereka. Oleh itu, ada syarikat insurans hayat menawarkan produk kacukan yang menggabungkan kedua-dua polisi ini sebagai strategi pemasaran mereka.

Dengan berbuat demikian, syarikat insurans hayat juga membantu pemegang polisi mengambil kesempatan ke atas faedah cukai yang dilaksanakan sejak tahun 1996. Pemegang polisi kini boleh menuntut pelepasan cukai maksima sebanyak RM3,000 bagi premium pelan rawatan dan pendidikan.

Terdapat pelbagai jenis pelan insurans rawatan dan kesihatan untuk pilihan orang ramai.

Satu pelan yang menarik ialah kad rawatan yang ditawarkan kepada orang yang diinsuranskan. Kad ini memudahkan proses pendaftaran masuk dan keluar daripada hospital di samping menawarkan beberapa jenis perkhidmatan lain yang berkaitan.

*Rencana ini diterbitkan dengan kerjasama Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM). Rencana yang telah disiarkan boleh didapati melalui laman web LIAM www.liam.org.my.

Wednesday, April 8, 2015

AIA Hantar Ubat Hingga Ke Pintu

                              Khidmat inovatif terbaru beri manfaat kepada 700,000 pelanggan.


Berita Harian
18 October 2014