Sunday, June 6, 2021

DAH DAPAT MEDICAL CARD, TAK BOLEH GUNA PULAK..ADA PULAK TEMPOH MENUNGGU...ADUH...



Hari ni nak cerita apa tu ‘waiting period’ dan kenapa kena ada ‘waiting period’ ni? ‘Waiting Period dalam bahasa mudahnya, adalah tempoh menunggu. Dalam tempoh menunggu ni, kita tak boleh guna lagi medical card ni untuk rawatan penyakit-penyakit yang spesifik. Bahasa mudahnya lagi, tak boleh claim lah selagi tak waiting period tu. Waiting Period ni pulak ada beberapa peringkat. Selepas permohonan diluluskan, 30 hari, 60 hari, 90 hari, 120 hari & 2 tahun. Yang ni admin akan jelaskan di post yang akan datang.


‘Waiting Period’ diadakan untuk mengelakkan berlakunya penipuan semasa proses membuat tuntutan. Masa kita memohon plan medikal kad ni, pihak syarikat Takaful/Insurance tak mintak pun kita buat ‘medical checkup’ berdasarkan apa yang kita ‘declare’ dalam borang permohonan (standard application). Kalau kita tipu pun pihak Takaful/Insurance tak tahu..betul tak?  Kalau la semua permohonan kena buat medical checkup, kesian pulak, buat medical checkup lepas tu dapat tahu ada pulak sakit yang sebelum ni dia sendiri pun tak tahu, dah tak boleh mohon medikal kad. 


Sebab ada segelintir dari kita, ada yang dah sakit baru nak cari takaful @ medikal kad. Benda ni biasa...😅.Ada segelintir lagi yang dah sakit, tapi tak ‘declare’ betul-betul semasa memohon. Dengan harapan lepas approved nak terus claim🥴...bila Agent Takaful cakap tak boleh ‘claim’ sebab masih dalam tempoh menunggu, marah agent takaful..huhu...lepas tu cakap Takaful/Insuran tipu 🤒...dia cakap lagi...”kalau macam tu baik tak payah ambil takaful, dah semua tak cover”. Tapi kalau dah dari awal tak berterus terang, macamana tu?


Jadi berdasarkan kepercayaan pihak Takaful/Insurance daripada maklumat yang kita bagi & sebagai jaminan untuk pihak Takaful/Insurance jugak, maka ‘waiting period’ ni diadakan. Orang putih kata ‘win-win situation’. Pihak Takaful/Insuran mudahkan pencarum dengan tidak perlu buat medical checkup jadi sebagai jaminan, diadakan waiting period.


Kena ingat, Syarikat Takaful/Insurance ni buat business bukan kebajikan. Takaful/Insurance dibeli dengan UMUR dan KESIHATAN dan di bayar dengan DUIT. 


**medical checkup tetap ada jika pihak Takaful/Insurance merasakan perlu, berdasarkan maklumat di dalam borang permohonan. Hanya permohonan yang dikategorikan sebagai permohonan ‘standard’, tak ada medical checkup. 


Sekian, jumpa lagi di post sendu yang akan datang. Kalau tak berapa ‘clear’ boleh contact 019 260 9620 ✌🏻