Friday, January 24, 2014

Pekerja Minta Perlindungan Penyakit Kritikal Dalam Skim Faedah Pekerja


Pekerja di negara-negara Asia, termasuk di Malaysia, meminta perlindungan penyakit kritikal sebagai elemen paling dikehendaki dalam skim Faedah Pekerja (EB) selepas perlindungan kemasukan hospital berikutan kebimbangan tentang kenaikan kos perubatan dan kedudukan kewangan.
 
Kajian AIA menunjukkan kurang 10% majikan menawarkan penyakit kritikal sebagai sebahagian daripada skim faedah pekerja yang menimbulkan persoalan adakah program faedah syarikat selaras dengan keperluan sebenar pekerja.

Kajian itu menemu bual 821 pekerja di Malaysia, Hong Kong, Singapura dan Thailand serta 413 syarikat multinasional dan tempatan.

"Kebimbangan utama yang disebut oleh empat daripada lima pekerja adalah peningkatan kos perubatan, diikuti kedudukan kewangan keluarga mereka jika mereka tidak boleh bekerja berikutan penyakit serius, menggariskan kekurangan perlindungan dalam bidang penyakit kritikal," kata AIA dalam satu kenyataan hari ini.

Kajian itu berkata sungguhpun majoriti majikan menerima program EB sebagai insentif untuk menarik dan mengekalkan bakat, ramai yang melihat kos sebagai kekangan ketara untuk menambahkan perlindungan penyakit kritikal dalam skim syarikat.

Secara puratanya, kajian itu menunjukkan perlindungan penyakit kritikal akan menambah 38% kepada premium mereka.

Realitinya, ia mungkin menambah kurang daripada 10 peratus kepada premium keseluruhan mereka atau kurang satu peratus daripada pengeluaran gaji tahunan mereka, kata kajian itu.

Pada kos ini, 73% daripada majikan berminat untuk menambah penyakit kritikal dalam skim syarikat, kata kajian itu.

Mereka juga mungkin boleh menimbangkan untuk menstrukturkan semula skim EB untuk memberikan gabungan faedah yang berlainan untuk memasukkan penyakit kritikal, kata kajian itu. - Bernama, 6 Disember, 2013.

Thursday, January 23, 2014

Persediaan Kewangan Hadapi Sakit Kritikal


2010/07/18 - 09:10:35 – BERITA HARIAN



STATISTIK Kementerian Kesihatan menunjukkan penyakit jantung adalah penyebab kematian nombor satu di Malaysia yang merangkumi 16.5 peratus kematian di hospital pada 2008. Malah, anggaran penyakit jantung koronari di negara ini adalah 40,000 kes baru setiap tahun bagi sejumlah 28 juta penduduk atau ringkasnya - 4.52 kes baru setiap jam!

Bagi penyakit barah pula, maklumat Kanser Malaysia 2006 yang dikumpul kementerian pula menunjukkan seorang bagi setiap tujuh rakyat Malaysia berisiko menghidap penyakit itu. 

Meskipun statistik agak mengerikan, kadar pemulihan menggalakkan jika diagnosis dan rawatan diberikan pada peringkat awal penyakit kritikal. Malah, berbekalkan kemajuan perubatan, kadar pemulihan hari ini lebih baik berbanding dulu. Dalam kebanyakan kes, pesakit yang pulih boleh meneruskan kehidupan yang produktif. 

Akan tetapi, pesakit perlu membuat peruntukan untuk kos pemulihan, rawatan khas dan perubahan diet dan ini memerlukan sokongan kewangan yang kukuh. Ramai pesakit biasanya tidak mempunyai perlindungan kewangan yang mencukupi.



Apakah dana kita mencukupi untuk mendapatkan rawatan? Menurut kajian Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (EPF) pada 2008, ahli berusia 54 tahun memiliki purata simpanan sebanyak RM132,539 saja. Tinjauan sebuah bank pula melaporkan rakyat Malaysia hanya memiliki simpanan yang boleh bertahan 11 minggu. 


Sekiranya mereka kehilangan mata pencarian, satu bagi setiap lima orang menyatakan simpanan mereka boleh menanggung perbelanjaan biasa selama 4 minggu saja. Simpanan ini hanya meliputi perbelanjaan harian dan tidak termasuk perbelanjaan perubatan untuk sesuatu penyakit kritikal.

Kos perubatan rawatan kanser boleh menokok sehingga RM300,000 sementara rawatan buah pinggang memerlukan RM150,000 ke atas. Pemindahan organ utama pula memerlukan sekurang-kurangnya RM100,000.


Kalau dulu penyakit kritikal dianggap tiada harapan untuk pulih, kini dengan kemajuan perubatan, penyakit kritikal boleh dirawat. Persoalannya sekarang, adakah kita mempunyai dana yang mencukupi untuk rawatan ini?

Wednesday, January 15, 2014

Thinking of applying for a home loan?

Keep these 7 rules in mind

Rule No.1

KNOW how much your rate.

Rule No. 2

INTEREST RATE is calculated BLR/BFR plus/minus x%. 
x is the rate given by the bank.

Rule No. 3

There will be FEES - lawyer fees, developer fees, surveyor fees & others.

Rule No. 4

DO your HOMEWORK on home loans and learn how they work.

Rule no. 5

READ the fine print.

Rule no. 6

ASK questions, negotiate if necessary and get everything in writing.

Rule no. 7

PAY OFF you loan as quickly as you can to save on interest.


source from RinggitPlus.com

Saturday, January 4, 2014

??


Assume all the drawers represent all of our financial sources. If we were suffer from any illness, which drawer can we rely on?




EMPLOYER?
SAVING?
WORKING SPOUSE?
ASSETS?
CHARITY/FRIENDS?
FAMILY?



@






INSURANCE??




Friday, January 3, 2014

Pengecualian A Medik

A Medik tidak melindungi sebarang Hospitalisasi, Pembedahan atau caj yang disebabkan secara langsung atau tidak langsung, keseluruhannya atau sebahagiannya, oleh mana-mana satu kejadian seperti berikut:

PENYAKIT SEDIA ADA

Bermaksud Hilang Upaya sebelum Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula bagi A Medik & Ahli Dilindungi?Pemilik sewajarnya mengetahui tentang keadaan tersebut. Ahli yang dilindungi/Pemilik sewajarnya mengetahui tentang sesuatu keadaan sedia ada apabila keadaan itu merupakan keadaan di mana:

- Ahli dilindungi telah menerima atau sedang menerima rawatan
- nasihat perubatan, diagnosis, jagaan atau rawatan telah disyorkan
- gejala yang jelas dan ketara telah terbukti; atau
- kewujudannya adalah nyata bagi orang yang waras dalam keadaan itu;

KEABNORMALAN

Sebarang keabnormalan perubatan atau fizikal yang wujud pada masa kelahiran, serta keabnormalan fizikal neonatal yang wujud dalam tempoh 6 bulan dari masa kelahiran. Termasuk segala jenis hernia dan epilepsi kecuali apabila disebabkan oleh sesuatu trauma yang berlaku selepas tarikh Ahli Dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini dan sebarang keadaan kongenital yang telah manifes atau didiagnosis sebelum Ahli Dilindungi mencapai umur 17 tahun;

Sebarang HILANG UPAYA yang diakibatkan oleh pembinasaan diri atau kecederaan diri yang disengajakan atau sebarang cubaan pembinasaan diri dalam keadaan siuman atau tidak siuman;

PEPERANGAN, sama ada diisytiharkan ataupun tidak, mogok, rusuhan, perang saudara atau sebarang operasi sedia berperang

Berkhidmat dalam angkatan bersenjata semasa peperangan yang diisytiharkan ataupun tidak diisytiharkan atau semasa di bawah perintah untuk operasi sedia berperang atau memulihkan ketenteraman awam;

Sebarang pelanggaran atau cubaan untuk melanggar undang-undang atau menetang daripada ditahan;

KEHAMILAN, KEGUGURAN atau MELAHIRKAN ANAK

PENYAKIT MENTAL atau penyakit saraf, rawatan ketagihan arak, atau penyalahgunaan dadah atau sebarang komplikasi lain yang timbul daripadanya atau sebarang kemalangan dadah;

PEMBEDAHAN KOSMETIK atau PLASTIK atau sebarang PEMBEDAHAN ELEKTIF;

Sebarang bentuk rawatan atau pembedahan PERGIGIAN melainkan perlu dilakukan akibat kecederaan tetapi tidak termasuk penggantian gigi asal, penggantian gigi palsu dan perkhidmatan prostetik seperti jambatan ("bridges") dan korona ("crowns") atau penggantiannya;

PEMERIKSAAN KESIHATAN RUTIN, sebarang siasatan yang tidak berkaitan secara langsung dengan diagnosis kemasukan ke hospital atau Hialng Upaya;

Sebarang rawatan atau siasatan yang tidak PERLU DARI SEGI PERUBATAN, atau penyembuhan, penjagaan atau rehat pulih; 

Sebarang keadaan perubatan atau fizikal yang timbul dalam tempoh 30 hari dari Tarikh Penyertaan atau Tarikh Mula Sijil ini, mengikut mana-mana yang terkini kecuali Kecederaan dilindungi;

Rawatan atau Pembedahan tonsil, adenoid, hernia atau penyakit khusus untuk organ generatif wanita sehingga Ahli Dilindungi telah dilindungi secara berterusan di bawah Sijil ini untuk tempoh 120 hari sebaik sebelum rawatan atau pembedahan tersebut.

**NOTA: SILA RUJUK KEPADA KONTRAK UNTUK MAKLUMAT LANJUT PENGECUALIAN.