Wednesday, October 15, 2014

Kos Sara Hidup Tinggi - Kad Kredit BUKAN Penyelesaian


Jumlah individu muflis kerana hutang kad kredit pada tahun lalu kalah 1, 873 orang yang mana jumlah hutang kad kredit tertunggak ini mencecah RM 21.6 billion sehingga September tahun lalu.

Daripada jumlah itu, sebanyak RM 591 juta adalah pinjaman tidak berbayar (NPL)

Dewasa ini penggunaan kad kredit ini di kalangan golongan muda kini bagaikan satu kemestian bagi menunjukkan status dan gaya hidup moden tanpa menyedari mereka bakal menjadi 'hamba' hutang seumur hidup.

Sedar atau tidak, keadaan ini berlaku gara-gara gagal menguruskan penggunaan kad kredit  dengan baik dan berhemah.

Kajian menunjukkan penggunaan kad kredit untuk urusan pembelian minyak di stesen minyak meningkat antara 15 hingga 20 peratus sejak penstrukturan semula subsidi minyak diumumkan pada tahun lepas.

Dengan kenaikan harga harga minyak, peningkatan penggunaan kad kredit untuk pembelian petrol juga turun meningkat. 

Diakui, ramai rakyat beralih kepada penggunaan kad kredit sama ada kerana kekurangan tunai berikutan kenaikan kos sara hidup atau cuba berjimat menggunakan wang tunai. 

 Dalam keghairahan menggunakan kad kredit, ramai pula yang tidak sedar akan kadar faedah yang dikenakan 1.5 peratus sebulan atau 18 peratus setahun iaitu satu jumlah yang cukup tinggi. Malah caj juga akan dikenakan jika individu mengeluarkan wang tunai menggunakan kad kredit di ATM.

Kesannya, apabila masalah hutang sudah kronik, timbul pula gejala sosial lain seperti keruntuhan rumah tangga, anak terbaik, dan pelbagai masalah lain.

Jadi, satu program pendidikan dan kesudahan mengenai kaedah pengurusan kewangan perlu diperkenalkan dan di perhebatkan bagi me bendung masalah ini, terutama golongan muda. Kelulusan mudah bagi permohonan kad kredit dan juga pinjaman peribadi jugak mendorong gaya berbelanja di luar ke mampus yang akhirnya menyebabkan kesukaran mengurus kewangan peribadi.

Jangan terjebak. UKUR BAJU DI BADAN SENDIRI dengan berbelanja mengikut kemampuan sendiri  dan bukan melebihi pendapatan.


Sumber : Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur






Thursday, October 2, 2014

Khidmat Tulis Wasiat Meningkat

Mstar Online 
28 September 2014


PETALING JAYA: Bilangan rakyat Malaysia yang menulis wasiat semakin meningkat berikutan insiden penerbangan yang berlaku baru-baru ini.

Firma perancangan harta pusaka di sini melaporkan berlaku peningkatan sebanyak 40 peratus dalam penulisan wasiat baharu manakala syarikat AmanahRaya menerima lebih permohonan daripada syarikat untuk mengadakan sesi dialog bersama kakitangan mereka mengenai kepentingan perancangan harta pusaka.

"Kebiasaannya berlaku peningkatan (permohonan wasiat baharu) apabila tragedi berlaku kerana ia mengingatkan orang ramai bahawa kehidupan hanyalah sementara dan lebih baik mengambil langkah awal sebelum terlambat," kata Pengurus Besar Kanan, Rockwills Trustee Bhd, Azhar Iskandar Hew.

Pada 8 Mac lalu, pesawat Syarikat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 hilang dari radar bersama 239 penumpang dan anak kapal manakala empat bulan kemudian, pesawat MH17 yang membawa 298 penumpang ditembak jatuh dekat sempadan Rusia-Ukraine.
Ahzhar berkata adalah penting untuk tidak meninggalkan orang yang kita sayang dalam kesusahan sekiranya sesuatu yang tidak diingin menimpa kita.
Syarikat tersebut menganggarkan wang dan aset tidak dituntut bernilai kira-kira RM60 bilion di negara ini kerana pemiliknya tidak meninggalkan wasiat semasa mereka meninggal dunia.
Hanya sebilangan kecil, antara 5% dan 10 %, rakyat Malaysia dipercayai menulis wasiat.
Pengamal undang-undang keluarga, Andy Low Hann Yong berkata, berlaku 'peningkatan ketara' dalam permintaan terhadap perkhidmatan penulisan wasiat.

Katanya, ini mungkin disebabkan peningkatan kesedaran orang ramai terhadap kepentingan wasiat atau kejadian malang seperti MH370 dan gempa bumi serta laporan perebutan harta pusaka melibatkan personaliti atau taikun.
"Kejadian malang menyebakan orang ramai mula menyedari kehidupan sukar diramal. Kematian seseorang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja menyebabkan orang ramai bertindak menulis wasiat," katanya.
Ketua Bahagian Pengurusan Operasi AmanahRaya, Amran Ahmad berkata, pemegang amanah dan pentadbir menerima 'sekurang-kurangnya' peningkatan sebanyak 10% selepas misteri kehilangan MH370.

"Terdapat lebih banyak syarikat meminta kami untuk mengadakan ceramah kepada kakitangan mereka," katanya.
Ketua Komunikasi Korporat AmanahRaya, Nik Salina Nik Idris berkata, 'Tanggapan bahawa pengurusan legasi bukan sahaja untuk orang kaya adalah salah.'