Sunday, November 26, 2017

Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat

Scenario 1 
Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat..

Scenario 2
Aku dah bayar insurance dah setahun kot, kenapa medical card decline pulak? menipu ja insurance ni.

Scenario 3
Aku dah ada insurance, kenapa pulak nak kena bayar dulu? kata cashless..apa hal? 


Scenario 4
Tiap-tiap bulan bayar, ni aku nak claim tak boleh pulak, menipu ja.



Di atas ni antara yang selalu sangat kita dengar. Dah banyak pun yang viral. Tapi tahu tak kenapa yang jadi macam ni? insuran menipu? atau agent menipu? ...Customer Always Right. Ada sebab kenapa 'decline'. Mungkin polisi lapse/terminate, caruman lambat dibayar, ambil plan lain, claim plan lain ataupun masa mohon polisi tak declare penyakit sedition ada.


Kita tengok scenario pertama

"Insurance menipu! Ambil duit orang cepat, bayar claim lambat.. dah viral dah pun..cari orang lain yang bodoh untuk ambil polisi tu.." Tahu tak kenapa lambat? 

Yang lambat ni kadang, hantar dokumen tak complete. Ataupun pending report dari hospital. Dan boleh jadi juga kes 'under investigation'.

Kalau semua dokumen cukup & tiada keraguan, maka tiada masalah.


Scenario Kedua & Ketiga

"Aku dah bayar insurance dah setahun kot, kenapa medical card decline pulak? menipu ja insurance ni."

Ini kebiasaanya melibat kan klausa tempoh menunggu ataupun 'waiting period'.

Untuk polisi yang kurang dari dua tahun, syarikat insuran berhak untuk menyiasat terlebih dahulu jika ada keraguan semasa tuntutan di buat ataupun semasa di peringkat awal kemasukan ke hospital. Untuk kes macam ni kebiasaannya, medikal card akan 'decline' sebab syarikat insuran nak buat siasatan.

Untuk kes siasatan ni, tetap boleh claim. Selepas buat prosedur, bayar dahulu dan claim lagi sekali. Jika semasa siasatan, memang tiada rekod yang menunjukan penyakit wujud sebelum insuran dipohon, claim akan dibayar. Tetapi jika terdapat rekod penyakit wujud sebelum pelanggan memohon polisi insuran, syarikat insuran berhak untuk tidak membayar claim. Penyakit yang wujud sebelum ambil polisi insuran, tidak akan dilindungi. Yang ini di bawah klausa 'pre  existing illness'.  

Di sini penting untuk pelanggan isytihar keadaan kesihatan sebelum memohon polisi insuran. Jangan tipu.

Macam tak adil kan? macam la kita tahu penyakit tu nak datang dalam masa terdekat.

Dalam konteks ni, adakah syarikat insuran minta kita buat 'medical checkup' sebelum kita memohon polisi insuran dari syarikat mereka? Tidak kan? kecuali untuk kes  tertentu yang memerlukan untuk pelanggan buat 'medical checkup'.  Kalau nak kena bedah dan periksa satu-satu organ nak pastikan tak ada apa-apa penyakit, kesian pulak. Sihat-sihat pun nak kena buat semua tu semata-mata nak ambil polisi insuran. 

Jadi untuk berlaku adil, pelanggan tak perlu buat 'medical checkup' dan syarikat insuran pun letak syarat tempoh menunggu dua tahun.


Scenario 4

"Tiap-tiap bulan bayar, ni aku nak claim tak boleh pulak, menipu lagi"

Untuk scenario ke empat ni, besar kemungkinan, pelanggan ambil plan lain, tapi nak claim untuk kejadian yang taj berkaitan dengan plan yang di ambil. Ataupun nak claim penyakit sedia ada.

Insuran tak cover penyakit sedia ada ataupun existing illness, jadi kalau nak claim pun memang tak akan dibayar. Jadi amat penting untuk ‘declare’ apa-apa penyakit yang ada ataupun apa-apa rawatan yang pernah di ambil untuk mengelakan dari terjadi seperti scenario di atas.

Sebagai contoh, kebanyakkan di kalangan kita, jarang baca polisi dan bila dah pohon polisi, anggap polisi yang di pohon tu 'cover' semua perkara. Ambil polisi kemalangan, tiba-tiba buat pembedahan appendix, nak claim. Sah-sah tak boleh. Sebabnya, polisi yang ada cuma 'cover' perkara yang berkaitan dengan kemalangan, dan appendix bukan perkara yang berkaitan dengan kemalangan. 

Jadi baca dulu polisi dan pastikan plan apa yang di ambil.

Peace no war



No comments: