Menurut perintah tersebut, sebarang penyediaan insurans nyawa atau insurans semula nyawa termasuk instrumen yang dibuat mengikut prinsip syariah merupakan antara pembekalan yang kecualikan cukai tersebut.

Selain itu, perkhidmatan kewangan yang dikecualikan GST turut merangkumi sebarang operasi bagi akaun semasa, akaun deposit simpanan atau akaun pelaburan dan penyediaan pembiayaan pinjaman, kecuali apa-apa fi atau bayaran bagi perkhidmatan tersebut yang dicaj oleh institusi kewangan adalah dikenakan GST.

Penyediaan kemudahan ansuran kredit kewangan dalam satu perjanjian sewa beli, jualan bersyarat, jualan kredit atau pajakan juga dikecualikan GST.

Ini termasuklah pemindahan hak milik, pertukaran mata wang, pegangan bon, debentur, nota atau surat cara yang membuktikan keberhutangan sama ada dijamin atau sebaliknya.

Selain itu, turut dikecualikan ialah pemindahan hak milik kontrak niaga hadapan atau pemindahan hak milik derivatif yang berkaitan dengan komoditi kecuali bagi penyelesaian kontrak niaga hadapan dengan cara penghantaran fizikal komoditi.