Tuesday, December 8, 2015

Post Hospitalisation Claim / Follow up Claim

Asyik tunjuk claim yang besar-besar saja kan?

Claim kecik-kecik pun AIA Public Takaful bayar jugak.



Contoh dibawah, client claim bil follow up selepas discharge, RM 63.60.



Friday, December 4, 2015

Hospital Income



Masuk Hospital 5 hari, AIA Public Takaful bayar Hospital Income RM 500. 
Satu hari RM 100.

Bil klinik pre-hospitalization (sebelum masuk hospital) RM 42 pun AIA Public Takaful bayar juga.


TOTAL RM 542 

   

                                    Call 019 260 9620/nurul@klzarinagroup.com.my untuk appointment.

Sunday, November 8, 2015

Beban Kewangan Akibat Kanser

Utusan Online
3 November 2015

Pada tahun 2012, terdapat lebih daripada 37,400 kes baharu melibatkan penyakit kanser dan 21,700 kematian dilaporkan di Malaysia akibat kanser. 

Lebih membimbangkan, satu daripada empat rakyat Malaysia dijangka disahkan menghidap kanser sebelum usia 75 tahun.

Hampir semua orang telah melalui pengalaman menyaksikan ahli keluarga atau rakan terdekat berhadapan dengan penyakit ini. Apabila melibatkan penyakit yang boleh membunuh, pastinya memberi kesan kepada fizikal dan mental penghidap dan orang sekeliling. Beban kewangan juga menjadi isu ketara yang dialami mereka.

Kajian ASEAN Costs in Oncology (ACTION) oleh George Institute for Global Health membuktikan impak kewangan akibat kanser dengan menunjukkan sebanyak 45 peratus daripada pesakit kanser mengalami masalah kewangan setahun selepas diagnosis manakala 11 peratus mengalaminya lebih awal daripada itu.

Penasihat Perubatan Perkhidmatan Kesihatan AIA, Dr. Myralini S.Thesan berkata, kajian ACTION merupakan yang pertama seumpamanya dijalankan di Asia Tenggara bagi mengenal pasti bebanan ekonomi yang dihadapi oleh pesakit kanser di Malaysia semasa dan setahun selepas disahkan menghidap kanser.

“Kanser adalah punca utama bagi kematian pramatang di Malaysia. Kematian tersebut boleh dielakkan jika terdapat lebih banyak usaha untuk meningkatkan kesedaran tentang pengesanan awal dan perlindungan kewangan yang kukuh.

“Ketika ini hanya 22 peratus rakyat Malaysia yang mempunyai insurans perubatan atau insurans penyakit kritikal. Boleh dikatakan sebahagian besar masyarakat berkemungkinan menghadapi bebanan kewangan jika disahkan menghidap kanser pada masa akan datang,” katanya ketika ditemui pada sesi perbincangan pengurusan kewangan bagi penghidap kanser di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Menurutnya, ACTION mencatatkan peratusan yang membimbangkan di mana sebanyak 39 peratus pesakit tidak mampu untuk membayar kos ubat-ubatan, 35 peratus tidak dapat membayar bil perubatan, 22 peratus tidak dapat membayar pinjaman gadai, dan 19 peratus lagi menunjukkan penghidap terpaksa memberhentikan rawatan.

Rata-rata menganggap insurans bukanlah satu keperluan utama dalam kehidupan dan ada yang menunjukkan mereka masih lagi tidak memahami konsep berkenaan faedah, kebaikan, dan keperluan memiliki pelan perlindungan diri melalui skim insurans perubatan sehinggalah mencapai usia tertentu atau ada dalam kalangan ahli keluarga mereka sakit atau terlantar di hospital.

Ketua Pegawai Pemasaran AIA, Thomas Chong berkata, peranan yang dimainkan oleh syarikat insurans dilihat sangat penting bagi memastikan masyarakat dapat membuat persediaan kewangan yang cukup untuk menghadapi bebanan kewangan jika disahkan menghidap kanser.

Katanya, produk yang menepati keperluan khusus juga perlu bagi memastikan semua orang mampu untuk memiliki pelan perlindungan perubatan dan bertanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing dengan pengesanan lebih awal penyakit dan memanfaatkan hasil rawatan perubatan yang lebih baik.

“Syarikat insurans kini menyedari akan keperluan untuk mencipta produk yang lebih ‘berfokus’ dengan mengambil kira masalah kesihatan pada peringkat-peringkat tertentu. Dengan itu, perlindungan secara menyeluruh mampu menangani sesuatu penyakit seperti kanser yang diselaraskan bagi keperluan pengguna,” katanya.

Menurutnya, kebanyakan syarikat insurans kini menawarkan pelbagai pakej polisi insurans kesihatan mengikut kemampuan pelanggan.

Pelan perlindungan ini sangat penting sebagai perancangan jangka panjang dan mendapat perlindungan yang baik pada masa akan datang jika ditimpa musibah kesihatan.

Kelangsungan Hidup

Dalam pada itu, Pakar Onkologi Pusat Perubatan Prince Court, Dr. Muhammad Azrif Ahmad Annuar berkata, sejak 20 tahun lalu kemajuan ketara dapat dilihat dari segi rawatan kanser sama ada kanser umum atau yang jarang berlaku dengan kebanyakannya menunjukkan kelangsungan hidup yang lebih panjang dan mampu meningkatkan kualiti hidup penghidap.

“Kemajuan dapat dilihat dalam setiap bidang kesihatan kanser iaitu pencegahan, penyaringan, kemoterapi, terapi sasaran, pembedahan, terapi radiasi, dan penjagaan sokongan untuk kesan sampingan.

“Malangnya di Malaysia, ramai pesakit mengesan kanser pada tempoh waktu yang lewat menyebabkan sukar untuk mendapatkan rawatan yang optimum secepat mungkin. Kos merupakan salah satu sebab mereka menangguhkan rawatan,” katanya.

Beliau mengakui dengan adanya perlindungan perubatan, penghidap dapat memanfaatkan rawatan walaupun kosnya yang tinggi namun bagi segelintir mereka yang tidak ‘dilindungi’, keadaan ini menyebabkan kualiti hidup mereka terjejas disebabkan penangguhan rawatan kerana tidak berkemampuan.

- See more at: http://m.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/beban-kewangan-akibat-kanser-1.153934#sthash.9ywMnBbc.dpuf

Thursday, October 15, 2015

Insurans RM 1b - Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun

Berita Harian
27 Nov 2010




Tuntutan biayai kos perubatan meningkat setiap tahun

KUALA LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang meningkat setiap tahun.

Statistik Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007), RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).

Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

Trend peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di kalangan masyarakat di negara ini.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu, berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.

Katanya, kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital termasuk hospital swasta meningkat.
Namun, katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat.

“Saya sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya.

Sementara itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk dan perubahan gaya hidup masyarakat.

“Peratusan peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya.

Katanya, orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan.

Isnin lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar kemampuan.

Sebelum ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu.

Presiden Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata, hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada institusi perubatan swasta terbabit.


Katanya, ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti lokasinya.

GST: Kos Rawatan Hospital Swasta Bakal Meningkat

Astro Awani
19 December 2014


PUTRAJAYA: Pengendali hospital swasta meminta orang ramai bersedia menghadapi peningkatan kos penjagaan kesihatan susulan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) April depan.

Orang ramai menyatakan kebimbangan mereka susulan pengesahan Menteri Kesihatan Datuk Seri S.Subramaniam kelmarin bahawa kos penjagaan kesihatan swasta akan meningkat selepas GST mula berkuat kuasa tahun depan.

Subramaniam bagaimanapun berkata peningkatan kadar itu masih diperkemaskan dengan Jabatan Kastam. Perangkaannya masih dalam perbincangan dan belum ada keputusan muktamad dicapai.

Beliau berkata demikian sebagai reaksi kepada Persatuan Hospital Swasta Malaysia (APHM) pada Selasa yang mengingatkan orang ramai untuk bersedia membayar tambahan lima peratus bagi perkhidmatan hospital swasta bermula April depan.

"Peningkatan harga disebabkan oleh GST ini pasti mengecewakan majoriti rakyat, tetapi kita perlu bersedia menerima hakikat ini," kata pengurus kewangan Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC), Norliza Razali.

"Sebagai sebuah hospital swasta, kami cuba berlaku adil kepada semua pesakit supaya mereka tidak terjejas akibat kos yang semakin meningkat.

"Jika tidak, kemungkinan pesakit boleh mempertimbangkan pilihan lain untuk elak daripada membayar lebih daripada kemampuan," tambahnya.

Norliza juga menegaskan maklumat mengenai GST memberi kesan kepada sektor perubatan hendaklah dibuat telus kepada orang ramai agar tidak timbul kekeliruan pada masa akan datang.

"Orang ramai perlu sedar bukan semua ubatan dan rawatan dikecualikan GST. Penting untuk jelaskan kepada orang ramai supaya tidak timbul persepsi negatif terhadap hospital swasta.”

Norliza berkata, tindakan sewajarnya akan dilakukan hospital swasta bagi memastikan pesakit tidak terjejas teruk susulan penguatkuasaan GST.

"Saya percaya kita perlukan mekanisme tertentu untuk mengurangkan kos tambahan yang ditawarkan. Kami akan cuba yang terbaik untuk merawat pesakit dan melihat kesan keseluruhan kepada masyarakat supaya ia tidak membebankan pesakit dari segi kos dan bayaran," katanya ketika dihubungi Astro AWANI semalam.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di dalam ucapan Bajet 2015 berkata ubat yang tersenarai dalam Senarai Ubat Penting Kebangsaan (NEDL) akan dikecualikan GST dan pesakit tidak akan dibebankan dengan cukai tambahan untuk rawatan mereka.
Pada 15 Dis, APHM telah memaklumkan kepada orang ramai penambahan lima peratus untuk kos penjagaan kesihatan swasta selepas GST diperkenalkan ekoran keengganan Jabatan Kastam mengecualikan cukai terhadap doktor yang diambil bekerja.

Dua hari selepas APHM mengumumkan perkembangan terbaharu ini, Menteri terlibat mengesahkan peningkatan kos penjagaan kesihatan swasta sebanyak lima peratus selepas GST diperkenalkan.

Astro AWANI cuba mendapatkan komen daripada beberapa hospital swasta, namun tidak berhasil.

Tuesday, October 6, 2015

Kos Perubatan Naik Mulai 2016

Utusan 28 September 2015

MELAKA 27 Sept. - Kejatuhan nilai ringgit berkemungkinan menyebabkan kos ubat dan peralatan bagi rawatan kesihatan di hospital swasta meningkat menjelang awal tahun depan.


Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S. Subramaniam berkata, kesan kejatuhan nilai ringgit itu bagaimanapun tidak berlaku dalam masa terdekat kerana masih terdapat bekalan ubat sedia ada yang telah dibeli dengan harga lama.

Jelas beliau, walaupun harga ubat generik akan naik, tetapi kadarnya tidak begitu tinggi kerana pembuatannya adalah di kilang-kilang dalam negara.

“Selain itu, peralatan pun ada isu juga, perkara ini adalah sesuatu yang di luar kawalan kita kerana kemerosotan nilai ringgit ini.
“Tetapi kenaikan itu adalah untuk sektor swasta, di sektor kerajaan kos akan naik untuk kerajaan bukan untuk pesakit tetapi kesan yang mungkin berlaku adalah pesakit di sektor swasta akan berpindah ke sektor awam, itu kemungkinan yang akan berlaku dan kita perlu bersedia,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis Makan Malam Tahunan ke-33 Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) di Bandar Hilir di sini malam tadi.

Dalam perkembangan lain, Subramaniam berkata, sistem kesihatan di negara ini akan mengalami beberapa aspek transformasi termasuk pengukuhan sistem perkhidmatan primer kesihatan, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) serta memperkasakan pengguna dalam menentukan taraf kesihatan mereka.

Katanya, pengukuhan sistem perkhidmatan primer akan membawa manfaat kepada negara dan pesakit terutama pengurangan kos penyampaian perkhidmatan secara keseluruhan serta mengurangkan ke­sesakan di hospital.

Kata Subramaniam, penggunaan ICT dalam perkhidmatan kesihatan adalah selaras dengan pembangunan teknologi maklumat sedia ada.

“Perkhidmatan kesihatan akan menjalankan satu integrasi melalui sistem teknologi maklumat dan integrasi ini akan menyumbang kepada kecekapan yang lebih tinggi kepada penyampaian,” katanya.
-See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/kos-perubatan-naik-mulai-2016-1.140560#sthash.afwhCVwX.dpuf

Wednesday, August 26, 2015

Do You Know?


Healthcare costs in Malaysia INCREASE by average of 10% a year. 
Source: The Star, 15 September 2009.


A study conducted by the World Health Organisation (WHO) in 2007 has found Malaysians have a healthy life expectancy of up to 66 years.
Source: WHO 2012


With an average life expectancy of 74 years (both sexes), the Malaysian population is expected to become weak & unwell in the last 8 years of their life.
Source: WHO 2012


On average, Malaysians have around RM 100,000 in EPF by the time they retire.
Source: The Star, 10 August 2013

Monday, August 24, 2015

Tahukah Anda?


KES KANSER DI MALAYSIA

2008 : 32,000
2012 : 37,400

Kes kanser di jangka meningkat sebanyak 75% dalam tempoh 20 tahun akan datang di seluruh dunia.
Sumber: The Star Online. "Rise in cancer deaths in Malaysia", 18 Februari 2014.


KOS PURATA RAWATAN HEMODIALISIS (BUAH PINGGANG)

RM250 setiap dialisis.
Bergantung kepada berapa tenat keadaan & jenis rawatan. Sesetengah pesakit buah pinggang mungkin perlu menjalani dialisis beberapa kali seminggu.
Sumber: The Star Online. "Dialysis subsidy drying up", 8 November 2013.



Mulia Mac 2014, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menulis mengenai kenaikan yuran perubatan swasta sehingga maksimum 14.4%.
Sumber: The Malaysian Insider, "Healthcare costs biggest worry for Malaysians after retirement, survey shows," 24 Mei 2014.


Kos penjagaan kesihatan di Malaysia meningkat sebanyak PURATA 10 % setahun.
Sumber: The Star Online "Healthcare costs rise and rise", 5 Julai 2009.

Wednesday, August 19, 2015

Nooh Gadut: Umat Islam kurang sedar kepentingan wasiat


Monday, July 27, 2015

Generasi Muda Kurang Kesedaran Kepentingan Miliki Insurans

Utusan Online

24 Julai 2015


KUALA LUMPUR 24 Julai – Kesedaran mengenai kepentingan dan fungsi memiliki polisi insurans atau pelan perlindungan diri dalam kalangan masyarakat terutamanya golongan muda di negara ini masih pada tahap rendah.


Penasihat Kewangan, Kumpulan Kewangan Capspring Temasik Sdn. Bhd., Mohd. Amin Maktar berkata, kebanyakan orang muda tidak memahami konsep berkenaan faedah, kebaikan dan keperluan memiliki skim berkenaan.


Katanya, rata-rata generasi muda merasakan mereka dalam keadaan selamat dan masih mendapat bantuan kewangan daripada ibu bapa serta merasakan polisi insurans terbabit bukanlah satu keperluan utama dalam kehidupan.


“Generasi muda sekarang lebih mementingkan untuk memiliki kenderaan, rumah dan gajet canggih berbanding membeli pelan perlindungan diri dan keluarga kerana merasakan perkara tersebut merupakan pilihan dan tidak begitu penting dalam usia mereka.


“Berdasarkan pengalaman selama 10 tahun dalam industri pengurusan kewangan ini, saya melihat, kebanyakan kesedaran masyarakat untuk memiliki polisi berkenaan hanya bermula pada usia 35 tahun ke atas dan membeli hanya apabila salah seorang ahli keluarga telah sakit atau terlantar di hospital,” katanya kepada Utusan Malaysia ketika dihubungi di sini hari ini.


Beliau mengulas mengenai sikap sebahagian besar golongan muda terutama orang Melayu yang belum sedar tentang kepentingan mempunyai insurans atau pelan perlindungan diri.

Kajian yang dijalankan oleh Perspective Strategies Sdn. Bhd. ke atas 2,021 responden di seluruh negara melibatkan beberapa institusi pendidikan tinggi (IPT) awam dan swasta mendapati 75.6 peratus atau 1,528 orang tidak dilindungi insurans.


Malah, lebih mengejutkan apabila 76 peratus daripadanya adalah orang Melayu yang tidak memahami kepentingan pelaburan jangka panjang.


Menurut Mohd. Amin, kebanyakan syarikat insurans di negara ini kini menawarkan pelbagai pakej polisi insurans atau pelan perlindungan mengikut kemampuan dan kehendak pelanggannya.


“Bagi saya tidak timbul lagi isu mahal atau mereka (generasi muda) tidak mampu memiliki pakej asas insurans akibat terbeban dengan faktor kewangan memandangkan harga pelan perlindungan terbabit disediakan mengikut bajet pengguna.


“Tidak semestinya membeli polisi yang harganya lebih murah, mereka tidak mendapat faedah yang mencukupi untuk melindungi diri daripada sebarang situasi yang tidak diingini seperti kemalangan, kecacatan dan kematian,” katanya.


Mengulas lanjut, Mohd. Amin berkata, golongan muda perlu memiliki pelan perlindungan sebagai perancangan jangka panjang dan kesedaran tinggi dalam kepentingan memilikinya bagi memastikan mereka bakal mendapat perlindungan terbaik pada masa akan datang.


Sementara itu, Perunding Kewangan AIA Public Takaful Berhad, Yusnan Alwi Yusof berkata, pemahaman dan pendedahan mengenai kepentingan memiliki skim insurans masih kurang dalam kalangan generasi muda.


“Kebanyakan masyarakat di negara kita mempunyai persepsi dan stigma negatif mengenai keperluan membeli insurans dan menganggapnya tidak penting serta membazir memandangkan mereka tidak melihat akan manfaat malah faedahnya secara keseluruhan.


“Kesedaran mengenai kepentingan polisi ini masih rendah, saya cadangkan agar pendidikan kewangan diterapkan bermula pada peringkat sekolah rendah, menengah dan universiti memandangkan insurans atau pelan perlindungan ini merupakan teras utama dalam perancangan kewangan,” katanya.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/nasional/generasi-muda-kurang-kesedaran-kepentingan-miliki-insurans-1.116657#sthash.Gb31xLV6.dpuf

Tuesday, July 14, 2015

Berstatus Muflis Di Usia Muda


Utusan Online
19/01/2012

APA perasaan anda apabila menyandang status muflis pada usia yang masih terlalu muda'? Tambah lagi apabila silapnya adalah anda tidak mampu lagi membayar hutang kad kredit yang mencecah ribuan ringgit. Atau mungkin kerana menjadi mangsa kepada ketaksuban untuk bertukar-tukar kereta pada hal kewangan belum benar-benar layak untuk berbuat demikian.
Bukan itu sahaja, anda juga sudah boleh menjadi penjamin pinjaman orang lain dan mempunyai hak menentukan keperluan diri sendiri terutama dalam aspek pembelian harta dan sebagainya.
Tidak salah memenuhi keperluan asas, namun salah langkah dan tanpa perancangan kewangan yang teliti bahana menanti.
Apatah lagi dengan promosi yang bertambah-tambah galak terutamanya apabila majikan mengumumkan kenaikan gaji dan bonus. Serentak itu berpusu-pusulah juga bank dan kakitangannya membuat promosi menarik dengan janji-janji serba indah.
Mungkin apa yang berlaku hari ini tidak sama seperti 20 hingga 30 tahun dulu. Dulu kuasa membeli kita terlalu rendah namun keadaan tersebut memang amat berbeza kini.
Jangan leka tak berjimat dan seronok nak bergaya sangat, kerana salah langkah buruk padahnya, tidur tak lena, tekanan di sini sana.
Lebih memburukkan keadaan, dalam usia yang masih boleh dikategorikan muda anda sudah disenaraihitamkan oleh institusi perbankan atau lebih teruk bergelar muflis.
Muflis terjadi apabila berlaku situasi ketidakupayaan membayar kembali hutang, liabiliti, entiti, aset atau apa jua kaedah dalam urusniaga mata wang kertas kepada pemberi hutang melebihi tempoh yang dibenarkan.
Adakalanya mungkin keadaan yang menyebabkan seseorang individu itu terjebak dalam keadaan ini. Kurangnya pengetahuan dalam ilmu pengurusan kewangan juga boleh menjadi punca seseorang itu terjebak menjadi muflis.
Dalam satu laporan akhbar yang diterbitkan baru-baru ini menyebut, hampir 45,000 individu yang berumur di bawah 35 tahun di negara ini diisytiharkan muflis sejak tiga tahun lalu. Statistik itu berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Insolvensi Malaysia.
Daripada jumlah tersebut, secara purata 41 individu muflis setiap hari akibat kegagalan menjelaskan bebanan bayaran kad kredit, yuran perubatan, sewa beli dan hutang ah long.
Perkara tersebut diakui sendiri oleh
Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Sumber Pengguna, Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Datuk Paul Selvaraj.
Menurut beliau, kajian awal yang dilakukan oleh FOMCA terhadap 100 individu mendapati golongan tersebut menghabiskan 30 peratus daripada gaji mereka untuk membayar hutang-hutang yang tertunggak setiap bulan.
Kesimpulannya, bagi mereka yang baru bekerja, kira ke mana duit kamu dibelanjakan, jangan boros, kamu lebih panjang akal dan panjang langkah. Tak perlu bayar bil telefon beratus-ratus, tak perlu bayar bil stesen televisyen satelit, pakaian berjenama, bergaya dengan kereta atau makan bermewah cukuplah sekadar bersederhana dan naikkan elaun bulanan orang tua bagi mendapatkan keberkatan.




© Utusan Melayu (M) Bhd 

Wednesday, June 24, 2015

Bila Pesakit Tidak Dilindungi INSURANS

   
 Kos perubatan semakin meningkat, polisi insurans menjadi PENTING

                                   


Miliki Polisi Insurans Anda SEKARANG

Tuesday, June 2, 2015

Persaraan...Bersedia?



Individu yang telah bersara memerlukan lebih kurang 60% daripada gaji terakhirnya untuk mengekalkan taraf hidupnya pada masa persaraannya. 


Berapakah jumlah simpanan yang kita perlu ada untuk mengekalkan taraf hidup selepas bersara?



Adakah caruman KWSP kita cukup untuk menampung kehidupan selepas persaraan?  
Kajian menunjukkan  80% pencarum menghabiskan kesemua simpanan mereka dalam tempoh 3 tahun dari tarikh pengeluaran selepas bersara. (Sumber The Star)

Adakah kita mempunyai simpanan sampingan/dana persaraan selain dari KWSP?



mstar online 18 July 2012




ANCAMAN INFLASI


Ancaman paling besar untuk memenuhi keperluan kewangan semasa persaraan adalah inflasi. Kita mungkin hanya mampu membeli separuh daripada sebuku roti dengan jumlah wang yang sama anda belanjakan atas sebuku roti hari ini.




Bina dana persaraan sebelum terlambat. 

Jangan hanya bergantung kepada KWSP atau pencen kerajaan sahaja




019 260 9620
nurul@klzarinagroup.com.my