Monday, June 4, 2018

GST Sifar Bagi Produk Insuran Hayat, Am dan Takaful

Malaysiakini
4 June 2018

Persatuan Insurans Am (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia dan Persatuan Takaful Malaysia mengumumkan bahawa syarikat insurans hayat dan am dan pengendali takaful di Malaysia akan mengenakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) pada kadar sifar peratus berkuat kuasa 1 Jun, 2018.

Kadar sifar peratus itu dikenakan ke atas semua perkhidmatan dan produk insurans/takaful yang disediakan yang mana sebelum ini tertakluk kepada GST pada enam peratus, kata semua persatuan itu dalam satu kenyataan bersama, hari ini.

Ini sejajar dengan pengumuman oleh Kementerian Kewangan dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia baru-baru mengenai pengurangan kadar standard GST kepada sifar peratus daripada enam peratus berkuat kuasa 1 Jun.


Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan berkaitan GST bagi sebarang produk insurans/takaful yang dibeli atau perkhidmatan yang diberikan, orang ramai dinasihatkan menghubungi syarikat insurans atau pengendali takaful masing-masing bagi untuk mendapatkan penjelasan, kata kenyataan itu.