Thursday, August 21, 2014

Perlindungan A-LifeLink-i


 Lengkapi diri dengan pelan perlindungan dan pelaburan fleksibel yang boleh diubah mengikut perubahan dalam kehidupan anda.

A-LifeLink-i membantu anda untuk mengemudi ketidakpastian dalam hidup dengan menyediakan perlindungan Takaful ke atas kematian dan Hilang Upaya Menyeluruh Dan Kekal.



A-LifeLink-i turut memberi anda pilihan untuk meningkatkan perlindungan dengan rangkaian faedah-faedah tambahan bagi memenuhi keperluan-keperluan anda yang berbeza di pelbagai peringkat hidup. Lebih-lebih lagi, pelan ini boleh membantu anda untuk mengumpul dan menjana kekayaan mengikut jangka masa yang tertentu. 

A-LifeLink-i juga meningkatkan perlindungan anda secara automatik tanpa kos tambahan melalui Bonus Ulang Tahun.

Wednesday, August 6, 2014

Inflasi

Definasi Inflasi menurut Kamus Online Cambridge adalah peningkatan harga yang berterusan secara umum.

Kadar inflasi pula mengukur kadar di mana harga ini meningkat, dalam bentuk peratusan. 

Kadar inflasi pada tahap 3% (berdasarkan Indeks Harga Pengguna Kebangsaan) membawa maksud bahawa perbelanjaan purata individu ke atas barangan utama dan servis telah meningkat pada kadar 3% sepanjang tempoh setahun.

Secara semulajadi, kuasa membeli akan merosot di sebabkan oleh inflasi. Dengan harga yang semakin meningkat, adalah mustahil bagi jumlah ringgit untuk mempunyai kuasa pembelian barangan & servis yang sama seperti sebelumnya.

APAKAH SEBAB DISEBALIK PENINGKATAN INI?

Inflasi boleh berlaku disebabkan ketidakseimbangan bekalan permintaan. Permintaan melebihi pengeluaran.

Inflasi juga disebabkan oleh peningkatan kos pembuatan. Sebagai contohnya, kenaikan harga minyak juga menyebabkan kenaikan harga barangan lain. Peningkatan kos pengangkutan untuk memindahkan barangan dari titik A ke titik B juga mengakibatkan harga akhir barangan juga dinaikan.

Inflasi memberi impak kepada kesemua pengguna dalam jangka masa panjang dari pelbagai sudut. Pengguna perlu mempraktikan pengurusan kewangan yang bijak untuk menghadapi situasi ini.

LANGKAH YANG BOLEH DICUBA

Menyimpan simpanan dalam pelaburan yang memberikan pulangan yang lebih tinggi dari kadar inflasi semasa secara berkala.

Bandingkan pilihan yang ada di pasaran dan pilih produk yang sesuai dengan gaya hidup sebelum mendapatkan apa-apa produk kewangan seperti pinjaman peribadi atau kad kredit.




Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur dengan kerjasama KPDNKK

Tuesday, August 5, 2014

MH17: AIA Insurance mansuh sekatan dan buat pembayaran ex-gratia

ASTRO AWANI
5 AUGUST 2014


KUALA LUMPUR: AIA Berhad, syarikat insurans terkemuka di Malaysia menyatakan ia akan membuat bayaran ex-gratia kepada waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang menjadi pelanggan syarikat itu, dengan mengecualikan sekatan khas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle berkata syarikat itu atas dasar prihatin telah memutuskan untuk memansuhkan semua sekatan khas atau pengecualian bagi kematian akibat keganasan, perang atau situasi seperti perang dalam polisinya kerana ia tahu tuntutan itu adalah tulen.

"Selepas tragedi menimpa MH17, kami bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga mereka dalam pesawat malang itu," katanya dalam kenyataan.

Lisle berkata pemegang polisi kemalangan peribadi yang terbabit juga akan dibayar.

AIA, katanya telah menghubungi anggota keluarga untuk menawarkan bantuan serta menghantar cek tuntutan dan mengumpulkan butiran penerima yang diperlukan sejak dua minggu lepas.

Anggota keluarga boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70, 24 jam sehari atau e-mel ke members@aia.com untuk maklumat lanjut berhubung polisi insurans dibeli oleh anggota keluarga mereka yang terbabit dalam nahas MH17.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama-sama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.