KUALA LUMPUR: “Setakat ini hanya 41
peratus rakyat di negara ini memiliki insurans hayat. Ini menunjukkan tahap
kesedaran mereka mengenai pentingnya insurans masih kurang,” kata Presiden
Persatuan Insurans Hayat Malaysia (PIHM), Md Adnan Md Zin (gambar), yang
melahirkan rasa kebimbangan terhadap kurangnya kesedaran rakyat Malaysia untuk
membeli insurans hayat.
Katanya, daripada 28 juta rakyat
negara ini, hanya 11 juta daripada mereka memiliki insurans hayat.
“Daripada 11 juta kita mendapati 30
peratus atau hanya 3.3 juta pembeli adalah orang Melayu. Ini juga bermaksud
bahawa kesedaran orang Melayu untuk membeli insurans hayat berada di tahap yang
membimbangkan,” katanya ketika hadir ke pejabat The New Straits Times Press (M)
Berhad (NSTP), di sini, bagi mengadakan hubungan kerjasama mengenai kepentingan
insurans, semalam.
Difahamkan, PIHM akan menyumbangkan artikel mengenai kepentingan insurans kepada akhbar Harian Metro, Berita Harian dan New Straits Times (NST) seminggu sekali selama 15 minggu bagi memberikan kesedaran kepada pembaca mengenai keperluan insurans.

Source: myMetro 26 March 2011
http://www.hmetro.com.my/articles/Hanya41peratusmilikiinsuranshayat/Article/
No comments:
Post a Comment