Boleh dikatakan hampir semua orang mempunyai perlindungan insurans untuk kereta
atau rumah. Betul? Kereta dan rumah diinsuranskan kerana tidak mahu sebarang perkara yang tidak
diingini berlaku ke atas harta benda. Yang manakah lebih penting? Harta benda
atau diri sendiri? Apakah harta yang
paling berharga? Apa akan berlaku jika pada suatu hari kita tidak mampu untuk
bangun dari tidur dan bekerja seperti biasa? Siapa yang boleh membantu kita?
Risiko ada dimana mana.
Setiap hari kita terdedah dengan pelbagai risiko
yang tidak mampu diramal atau pun dikawal. Risiko kemalangan di rumah, tempat
kerja, jalanraya, kehilangan harta benda, kehilangan kesihatan yang baik atau kehilangan
orang yang tersayang. Cuba bayangkan jika berlaku perkara yang tidak diingini, apakah kesannya kepada kita dan keluarga?
Risiko dalam kehidupan adalah perkara yang
tidak boleh dielak, kerana masa depan tidak dapat diramal dan dikawal. Sebenarnya risiko
ini boleh dipindahkan, dikongsi dan dielak jika kita mempunyai perancangan.
Kita semua boleh menguruskan perkara ni dgn hanya bermodalkan sikit persediaan
& perancangan yang betul. Kerana itu kita perlukan insurance
untuk menguruskan risiko-risiko yang tidak dapat di ramal.
Insurans mungkin tidak dapat menjamin masa depan yang cerah,
tetapi sekurang-kurangnya perlindungan dan bantuan yang diperlukan adalah
terjamin ketika kita memerlukannya. Insurans juga sebenarnya memberi jaminan melindungi potensi
pendapatan kita semua, andaikata berlaku peristiwa-peristiwa tertentu yang tidak diingini. Selain itu keluarga kita juga dapat meneruskan gaya hidup seperti sedia kala
walaupun sekiranya musibah yang tidak pernah disangka-sangka berlaku.
Kita tidak mampu untuk meramal, tetapi kita sebenarnya boleh bersedia menghadapi
sebarang kemungkinan.
** Mungkin ada yang mengatakan agent insurance
seperti peminta sedekah. Tetapi jika difikirkan balik, agen ini menolong untuk engelakkan kita dari
meminta-minta jika berlaku sesuatu yang tidak diingini. Adakah seseorang itu seorang peminta sedekah jika usahanya adalah untuk mengelakkan kita daripada
kemungkinan bakal menjadi peminta sedekah?
No comments:
Post a Comment