Tuesday, August 5, 2014

MH17: AIA Insurance mansuh sekatan dan buat pembayaran ex-gratia

ASTRO AWANI
5 AUGUST 2014


KUALA LUMPUR: AIA Berhad, syarikat insurans terkemuka di Malaysia menyatakan ia akan membuat bayaran ex-gratia kepada waris penumpang pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang menjadi pelanggan syarikat itu, dengan mengecualikan sekatan khas.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Bill Lisle berkata syarikat itu atas dasar prihatin telah memutuskan untuk memansuhkan semua sekatan khas atau pengecualian bagi kematian akibat keganasan, perang atau situasi seperti perang dalam polisinya kerana ia tahu tuntutan itu adalah tulen.

"Selepas tragedi menimpa MH17, kami bersedia untuk menghulurkan sebarang bantuan kepada keluarga mereka dalam pesawat malang itu," katanya dalam kenyataan.

Lisle berkata pemegang polisi kemalangan peribadi yang terbabit juga akan dibayar.

AIA, katanya telah menghubungi anggota keluarga untuk menawarkan bantuan serta menghantar cek tuntutan dan mengumpulkan butiran penerima yang diperlukan sejak dua minggu lepas.

Anggota keluarga boleh menghubungi AIA di talian 1300-88-8860/70, 24 jam sehari atau e-mel ke members@aia.com untuk maklumat lanjut berhubung polisi insurans dibeli oleh anggota keluarga mereka yang terbabit dalam nahas MH17.

Penerbangan MH17 terhempas di timur Ukraine pada 17 Julai semasa dalam perjalanan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur bersama-sama 283 penumpang dan 15 anak kapal.

Pesawat Boeing 777-200 itu dipercayai ditembak jatuh di negara bergolak itu.

Thursday, July 31, 2014

Medikal Kad AIA Public Takaful



Perlindungan SEPANJANG HAYAT sehingga umur 100 tahun
PENINGKATAN Had Tahunan
TIADA Had Seumur Hidup
TIADA ko-insurans dan deduktibel
Kemasukan hospital tanpa gangguan dengan "JUST SWIPE"
Perlindungan PILIHAN untuk SELURUH KELUARGA
Program Rujukan Bantuan Kecemasan

 

Perlindungan Sepanjang Hayat Sehingga Umur 100 Tahun
  • menyediakan perlindungan perubatan sehingga umur 100 tahun

Peningkatan Had Tahunan
  • Had tahunan akan meningkat sebanyak 5% daripada Had Tahunan asal setiap 2 tahun bermula dari tahun polisi ke-3 selama 20 tahun polisi.
  • Peningkatan Had Tahunan akan diberikan jika tiada tuntutan @ jika terdapat tuntutan, jumlah tuntutan adalah kurang daripada RM 5,000 untuk 2 tahun polisi sebelumnya.
  • Jika jumlah tuntutan dalam 2 tahun polisi sebelumnya ialah RM 5,000 dan lebih, Peningkatan Had Tahunan akan kekal pada had terakhir yang diberikan kepada anda.
  • Peningkatan Had Tahunan hanya untuk plan bilik & penginapan hospital RM150 dan keatas.

Tiada Had Seumur Hidup

Tiada Ko-Insurans dan Deduktible
  • Membayar sepenuhnya rawatan perubatan tanpa mengenakan sebarang ko-insuran/takaful atau deduktibel.
Kemasukan Hospital Tanpa Gangguan dengan "JUST SWIPE"
  •  Memberikan kemudahan kemasukan ke hospital tanpa gangguan di semua panel hospital
  • Kad perubatan akan diberikan untuk kemudahan kemasukan & pelepasan hospital
Perlindungan Pilihan untuk Seluruh Keluarga/Family Medical Card
  • Boleh memilih untuk melindungi pasangan anda dan/atau anak-anak di bawah satu plan.
  • Perlindungan maksimum sehingga 4 orang anak untuk setiap Plan Keluarga
    • Plan Individu
    • Plan Suami Isteri
    • Plan Ibu dan Anak-Anak/Bapa dan Anak-Anak
    • Plan Keluarga
Program Rujukan Bantuan Kecemasan
  • Nikmati bantuan di seluruh dunia dengan menelefon talian perkhidmatan 24 jam di nombor 03-2166 5421 dengan panggilan caj balikan.
  • Program termasuk:
    • Program Bantuan Perubatan Antarabangsa
    • Program Bantuan Perubatan Domestik
    • Program Bantuan Kereta
    • Program Bantuan Rumah
    • Program Bantuan Perjalanan
**Tertakluk kepada terma & syarat.






Saturday, July 26, 2014

"Cermin Diri" Untuk Atasi Peningkatan Kos Sara Hidup



Berbelanja Dengan Berhemah.

Utamakan keperluan yang PENTING & tidak mengikut kehendak diri.

Utamakan keperluan UTAMA & tidak mudah terpengaruh.

Tingkatkan kemahiran diri-ambil inisiatif belajar kemahiran untuk menambah pendapatan.

Tidak perlu terlalu teruja untuk memiliki kemewahan dalam sekelip mata.



TerbitanPKP dgn kerjasama KPDNKK