Berita
Harian
27 Nov
2010
Tuntutan biayai kos perubatan
meningkat setiap tahun
KUALA
LUMPUR: Syarikat insurans di negara ini membayar lebih RM1 bilion setahun
kepada pemegang polisi bagi membiayai kos rawatan perubatan mereka yang
meningkat setiap tahun.
Statistik
Bank Negara dalam Jadual Petunjuk Utama Insurans menunjukkan jumlah tuntutan
insurans hayat dibayar untuk perbelanjaan perubatan mencatat peningkatan sejak
empat tahun lalu daripada RM877.6 juta pada 2006 kepada RM1.05 bilion (2007),
RM1.27 bilion (2008) dan RM1.45 bilion (2009).
Trend
peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di
kalangan masyarakat di negara ini.
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu,
berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan
kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.
Trend
peningkatan itu membuktikan kos rawatan perubatan antara aspek kritikal di
kalangan masyarakat di negara ini.
Menteri
Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ketika diminta mengulas perkara itu,
berkata statistik itu menunjukkan tahap kesedaran rakyat terhadap perlindungan
kesihatan diri dan keluarga semakin meningkat.
Katanya,
kerajaan menyedari peningkatan kos perubatan terutama ubat yang meningkat
sekitar 12 peratus tahun lalu sekali gus menyebabkan caj perubatan di hospital
termasuk hospital swasta meningkat.
Namun,
katanya, itu tidak bermakna operator pusat perubatan swasta boleh mengambil
kesempatan atas kenaikan itu dengan mengenakan caj terlalu tinggi untuk mengaut
keuntungan singkat sehingga membebankan rakyat.
“Saya
sudah mengarahkan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Ismail Merican supaya
berbincang dengan semua pemilik hospital swasta di negara ini berhubung kos
perubatan supaya kenaikan itu rasional,” katanya.
Sementara
itu, sumber industri berkata, tuntutan insurans bagi menanggung kos rawatan dan
perubatan diramal terus meningkat sejajar dengan peningkatan jumlah penduduk
dan perubahan gaya hidup masyarakat.
“Peratusan
peningkatan tahunan bukan kecil, tetapi meningkat dengan mendadak,” katanya.
Katanya,
orang ramai mengambil polisi insurans kerana mahu mendapatkan perlindungan
kewangan ketika ditimpa musibah seperti sakit atau kemalangan.
Isnin
lalu, Berita Harian melaporkan sehingga Oktober lalu, 26 peratus kegagalan
pembayaran balik pinjaman bank atau kad kredit berlaku berikutan pembiayaan kos
rawatan tinggi di hospital swasta yang mendorong individu berhutang di luar
kemampuan.
Sebelum
ini, banyak pihak termasuk seorang doktor dengan 25 tahun pengalaman, tampil
mengadu caj dikenakan pusat perubatan swasta adalah terlalu mahal dan mahu
pihak berwajib mengambil tindakan sewajarnya mengatasi masalah itu.
Presiden
Persatuan Perubatan Malaysia (MMA), Dr David KL Quek ketika dihubungi berkata,
hanya bayaran kepada doktor berkhidmat di hospital swasta dikawal kerajaan
menerusi Akta Perubatan namun caj lain tidak dikawal dan bergantung kepada
institusi perubatan swasta terbabit.
Katanya,
ini menyebabkan caj rawatan, perubatan, makmal dan perkhidmatan lain berbeza
antara sesebuah pusat perubatan swasta selain bergantung kepada faktor seperti
lokasinya.