INSURANCE DAN ANDA

"Life insurance is like a parachute: If you don't have it when you need it, it's too late." - John W. French Sr

Pages

▼

Wednesday, August 26, 2015

Do You Know?


Healthcare costs in Malaysia INCREASE by average of 10% a year. 
Source: The Star, 15 September 2009.


A study conducted by the World Health Organisation (WHO) in 2007 has found Malaysians have a healthy life expectancy of up to 66 years.
Source: WHO 2012


With an average life expectancy of 74 years (both sexes), the Malaysian population is expected to become weak & unwell in the last 8 years of their life.
Source: WHO 2012


On average, Malaysians have around RM 100,000 in EPF by the time they retire.
Source: The Star, 10 August 2013
NURULHUDA AIDAWATI at 8/26/2015 12:07:00 PM No comments:
Share

Monday, August 24, 2015

Tahukah Anda?


KES KANSER DI MALAYSIA

2008 : 32,000
2012 : 37,400

Kes kanser di jangka meningkat sebanyak 75% dalam tempoh 20 tahun akan datang di seluruh dunia.
Sumber: The Star Online. "Rise in cancer deaths in Malaysia", 18 Februari 2014.


KOS PURATA RAWATAN HEMODIALISIS (BUAH PINGGANG)

RM250 setiap dialisis.
Bergantung kepada berapa tenat keadaan & jenis rawatan. Sesetengah pesakit buah pinggang mungkin perlu menjalani dialisis beberapa kali seminggu.
Sumber: The Star Online. "Dialysis subsidy drying up", 8 November 2013.



Mulia Mac 2014, Kementerian Kesihatan Malaysia telah menulis mengenai kenaikan yuran perubatan swasta sehingga maksimum 14.4%.
Sumber: The Malaysian Insider, "Healthcare costs biggest worry for Malaysians after retirement, survey shows," 24 Mei 2014.


Kos penjagaan kesihatan di Malaysia meningkat sebanyak PURATA 10 % setahun.
Sumber: The Star Online "Healthcare costs rise and rise", 5 Julai 2009.
NURULHUDA AIDAWATI at 8/24/2015 12:05:00 PM No comments:
Share

Wednesday, August 19, 2015

Nooh Gadut: Umat Islam kurang sedar kepentingan wasiat

Sinar Online
12 JANUARI 2013

JOHOR BAHRU - Masih ramai umat Islam di negara ini yang kurang sedar tentang kepentingan wasiat serta perancangan harta pusaka, kata  Penasihat Agama Negeri Johor, Datuk Nooh Gadut.

Beliau berkata, akibat kurangnya pengetahuan dalam perkara itu telah mendorong berlaku pelbagai permasalahan termasuk perbalahan sesama ahli keluarga apabila si mati banyak meninggalkan harta pusaka.

"Pengurusan harta pusaka merupakan sesuatu yang penting bagi memastikan ia ditadbir dengan baik selepas kita meninggal dunia dan segala perkara khususnya hutang yang ditinggalkan dapat diselesaikan selain kebajikan anak-anak terjamin.

"Apabila kita menyediakan wasiat, secara tidak langsung kita melantik seorang pemegang amanah untuk menguruskan harta kita selepas kita meninggal dunia. Ini akan membantu kita menyusun segala perkara yang perlu diselesaikan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan seminar wakaf dan perancangan harta pusaka Islam anjuran syarikat amanah, as-Salihin Trustee Berhad di sini hari ini yang turut dihadiri Ketua Pegawai Eksekutifnya Abdul Aziz Peru Mohamed.

Sehubungan itu, katanya umat Islam perlu meningkatkan pengetahuan berhubung kepentingan mengurus harta pusaka bagi menjana ekonomi masyarakat selain mengubah persepsi orang ramai yang masih tidak memandang serius perkara itu.

Katanya, kekurangan pengetahuan mengurus harta pusaka mengikut faraid juga mencetuskan pelbagai permasalahan lain.

"Umat Islam bukan tiada wang, cuma pengurusannya kurang tepat. Apabila harta tidak diurus dengan baik, waris masih hidup yang tiada wang akan melakukan kegiatan seperti mencuri dan sebagainya.
"Jadi pentingnya pengurusan harta pusaka ini bagi menjamin keharmonian dalam keluarga selain menjana ekonomi umat Islam menerusi wakaf serta pembahagian harta mengikut hukum faraid," katanya.

Sementara itu Abdul Aziz berkata, apabila harta yang ditinggalkan tidak diwasiatkan maka akan berlaku pergaduhan dalam kalangan keluarga.

"Kesedaran orang Islam berhubung kepentingan wasiat serta perancangan harta pusaka memang lemah sehingga banyak harta pusaka yang terabai sehingga hampir 50 tahun dan tidak boleh diagih," katanya. - Bernama
Share on facebookShare on twitter
Son google_plusone_sha
More Sharing Services


NURULHUDA AIDAWATI at 8/19/2015 05:33:00 PM No comments:
Share
‹
›
Home
View web version

About Me

NURULHUDA AIDAWATI
View my complete profile
Powered by Blogger.